Friday, April 20, 2012

Food For Soul : Kelebihan Wanita

Assalamualaikum dear readers,

Starting from today onwards, every Friday insyaAllah I will share good and beneficial articles for us Muslimah in this "Food For Soul" entry so that we are always be reminded (especially yours truly) and share the knowledge among us. May we gain something good from it, insyaAllah, amin! :)

Sabda Nabi Muhammad SAW, "Sampaikan ilmu dariku walaupun satu ayat"

**************************************************************************

Kelebihan Wanita Yang Hamil, Melahirkan dan Menyusukan Anaknya



Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaatsolat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama


Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari


Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.


Pahala wanita bersalin


Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.


Wanita yang menyusukan anaknya

Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


Wanita yang berjaga malam untuk anaknya

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.



Kelebihan wanita-wanita yang mengandung :


“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa.



Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah.Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).”



Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya :



“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”



“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya."


*Yours truly: Berbahagialah wanita - wanita yang mengandungkan, melahirkan dan menyusukan anak-anaknya. Bersyukurlah anda diberi keistimewaan ini oleh Allah SWT :)
*
Love,


11 comments:

Mimy Hamid said...

thanks nad...bersyukur dan rasa bertuah dengan izin Allah taala i menyusukan Fayel...semoga diberikan susu badan sehingga 2 tahun..

Nadine said...

Sama-sama Mimy. Kita sama2 share k :)
Alhamdulillah, teruskan usaha you Mimy. Bkn semua org diberi nikmat ni kn. InsyaAllah I doakan utk you. Go Mama Fayel, go! :)

dyana "his other half" said...

Alhamdulilah we are blessed to be a woman. Senang sgt nak dapat pahala kan. Jangan kita lalai n asyik terlupa sudah la.

Thanks for sharing dear. A good move and i'll be waiting next Friday entry :).

Nadine said...

Alahmdulillah true dear. we are blessed being born as woman. tp kita ni lalai sket je senang plak masuk neraka. nauzubillah. mudah2an kita sentiasa diberi petunjuk olehNya. ameen.

thanks for d support darling. if ada yg best do share with us as well k

airin diana said...

Thanks dear, for the lovely info.. sejuk hati baca.. bersyukur sangat2 we have been given a chance to be a mom.. u've made my day :D

airin diana said...

Thanks dear, for the lovely info.. sejuk hati baca.. bersyukur sangat2 we have been given a chance to be a mom.. u've made my day :D

Nadine said...

airin,

your most welcome. sharing is caring :) betul tu. syukur sgt2 we've been given these privillages.
awwwwh, *hugs* :)

Kella said...

lama tak singgah sini kan nad.. maaf ya... belog pun asyik tak berupdate je..
Alhamdulillah..kita boleh tumpang gembira untuk semua wanita wanita sahabat ku yang telah bergelar ibu..
banyak kelebihan dan keistimewaan dari Allah untuk kalian semua..
ku hanya mampu berusaha dan terus berdoa moga moga berkesempatan merasai nikmat menjadi ibu selama hayat masih di kandung badan..
inysaAllah..

Nadine said...

Kella Dear,

Maaf ye kalau entry kali ni buat you terasa. I know u are a very, very strong woman. Sgt sabar. Itu lagi banyak hikmahnya dear. Allah tak uji jika hambaNya tak mampu kan? :) I percaya disebalik semua ni ada hikmah yg sgt besar untuk you. Jgn putus asa k dear, we all semua doakan utk you. Allah knows the best for each and every creature he created :)

mommyNadia said...

Amazing kan..

Keep on sharing dear..

Anonymous said...

mohon share ya