Friday, May 11, 2012

Food For Soul: Menipu





Dalam sebuah hadis,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah saw,

أوصيك بتقوى الله, وصدق الحديث, وأداء الأمانة, والوفاء بالعهد , وبذل الطعام , وخفض الجناح

Maksudnya : Aku mewasiaatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, benar tutur kata, menunaikan amanah, menepati janji menyedekahkan makanan dan merendah diri.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu ya Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis maksudnya:

"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Menipu hukumnya bergantung kepada sebab dan akibat dari perbuatan kita bercakap benar atau menipu
Menipu untuk selamatkan nyawa wajib
menipu kerana ingin mendamaikan 2 oran yang bermusuhan adalah dituntut
Jika tiada sebab yang munasabah hukumnya haram

Besar dosa bergantung kepada kesan atau akibat buruk yang berlaku disebabkan penipuan itu

Seeloknya sentiasa lah bercakap benar
Sekali kita menipu, bila terdedah orang tidak akan percaya lagi...

*Petikan article dari blog ustaz hj hishamuddin mansur (here)








No comments: